image003.gif

KERJA-KERJA MELEPA

WELCOME
OBJEKTIF PENUBUHAN
SEJARAH PENUBUHAN
KURSUS
PEMANDANGAN DI KKTM
KENANGAN DI KKTM
MINGGU SUAI KENAL (MSR )
RENUNGKAN BERSAMA
SEKAPUR SIRIH

 

TAJUK :  MELAKSANAKAN KERJA KERJA LEPAAN PERMUKAAN

 

 

SUB TAJUK :- Melepa Pada Permukaan Rata Tegak Dengan Kemasan

Objektif:-

*      Mengunakan peralatan dengan kaedah yang betul

*      Menampal permukaan rata dan tegak berpandukan screed

*      Melepa tembok permukaan rata secara satu / dua lapisan

*      Membuat kemasan dengan sempurna

 

Penerangan Am:-

Ø      Penyediaan screed hendaklah terlebih dahulu dilaksanakan sebellum memulakan tugasan ini.

Ø      Kaedah melepa berpandukan screed boleh dibuat sama ada kedudukan screed melintang (horizontal) atau menegak (vertical)

Ø      Sekiranya kerja lepaan lapisan pertama atau kedua tidak sempat dihabiskn , pemotongan bahagian sambungan hendaklah dibuat dengan cermat dan kemas.

 

Procedure :-

 

STEP

KEY POINTS

Persediaan Tempat Kerja

  1. Pastikan kawasan kerja dalam keadaan selamat
  2. Letakan bahan dan peralatan dengan peralatan dengan teratur

 

Menampal Permukaan Rata Dan Menegak Berpandukan Scred

  1. Basahkan permukaan dinding sekiranya ia terlalu kering.
  2. dengan menggunakan sudip lepa dan hok tampalkan motar diruang antara screed tegak yang telah disediakan sebelum tugasan ini.
  3. jika tebal lepaan yang dikenhendaki melebihi 10 mm maka kaedah melepa dua lapisan atau tiga lapisan dilaksanakan .
  4. Penuhkan lepaan pada ruang diantara screed hingga samarata dengan permuakan screed.

 

Kaedah memotong / Memaras motar lepaan

  1. Gunakan kayu pelurus tepi untuk memotong motar maotaryang telah dilepa jika berpandukan screed melintang pemotongan dibuat samada bemula dari kiri atau kanan permukaan yang dilepa atau sebaliknya.
  2. Apabila pemotongan dibuat didapati bahagian yang tidak penuh atau sama rata dengan screed hendaklah ditampal motar sehingga mendapati samarata mortal tampalan tersebut.

 

Kaedah Mensamaratakan Permukaan Pemotongan

 

Dengan menggunakan kayu perata darbai (durby float ) gosokkan permukaan lepaan yang telah dibuat pemotongan hingga keseluruhan permukaan tidak kelihatan bahagian yang melengkung atau cembung.

Kaedah Mendapatkan Kemasan Permukaan Lepaan

Akhir sekali kerja mengosok permuakaan yang telah samarata dilakukan dengan menggunakan papan pengosok . Perlaksanaan meratakan permukaan ini dilakukan secara pergerakan putaran kekiri atau kekanan dengan mengekalkan tekanan sederhana pada permukaan lepaan .